Wednesday, November 24, 2010

Frist time shot Photo Kahwin dengan D5000 Nikon


Pada 20. 11. 2010 yg br je berlalu.. aku dipanggil untuk shot gambar perkahwin kawan merangkap sepupu yang umah dia depan je dr umah aku... apa lagi aku dengan penuh excited nye mencapai D5000 aku terus memeriahkan majlis tersebut. pengalaman pertama untuk shot ni agak susah la sbb aku menggunakan manual (M) ini kerana kita perlu tau tahap kejelasan dan kecerahan gambar tersebut.. di sini aku letak skit la gambar yang telah di shot oleh aku.

ni di Bangunan istiadat
ni di Masjid Al Bukhari

yang bawah ni sudah diedit skit


Friday, November 5, 2010

Banjir di Kedah..(rumah saya/ sungai baru/ kubang rotan)




Salam 1Malaysia... dikesibukkan kemeriah hari depavali ...di Kedah masing-masing bertungkus lumus membuat persediaan untuk menghadapi banjir. Sudah beberapa hari air banjir naik ..turun ..tanpa hujan di Kedah. hari ini 05 Nov 2010 pekan Alor Setar sepi dengan bunyi kenderaan ini kerana air sudah memasuki di beberapa tempat seperti jalan putra, jalan kancut, jalan stadium, termasuk di anak bukit, jalan ke kangar, jalan langar, pokok sena , jitra cukup teruk. ini menyebabkan pendudukan terputus hubungan untuk keluar. di sini saya letak beberapa gambar di kawasan umah saya, sungai baru/kubang rotan :

jam 2.30ptg dikawasan umah ku
jam 10.00 mlm pada ari yang sama...

KEADAAN BANJIR DI KAWASAN KUBANG ROTAN / SUNGAI BARU..5.11.2010 JAM 10.30PG

keadaan banjir di sungai baru/kubang rotan


KILANG PADI... KEDAI MAKAN MAMAK BISMI ..

TRAFIKLIGHT SUNGAI BARU..

JALAN MENGHALA KE PERLIS DARI KUALA SUNGAI HINGGA ALOR JANGUS

Thursday, October 28, 2010

Kaunselor oh Kaunselor

KAUNSELOR OH KAUNSELOR


Kaunselor oh Kaunselor
Aduhai Kaunselor
Wahai Kaunselor
Ohh…. Kaunselor

Seorang pelajar runsing….jumpa kaunselor
Seorang pelajar marah….jumpa kaunselor
Seorang pelajar bimbang….jumpa kaunselor
Seorang pelajar sedih….jumpa kaunselor
Seorang pelajar keliru….jumpa kaunselor
Seorang pelajar kecewa….jumpa kaunselor
Seorang pelajar takut….jumpa kaunselor
Seorang pelajar berdosa….jumpa kaunselor
Seorang pelajar bertaubat….jumpa kaunselor
Seorang pelajar meluahkan rahsia diri ….jumpa kaunselor
Seorang pelajar inginkan hubungan teristimewa ….jumpa kaunselor

Seorang pelajar merokok….mana kaunselor
Seorang pelajar bergaduh…. mana kaunselor
Seorang pelajar mengamuk…. mana kaunselor
Seorang pelajar ahli gangster…. mana kaunselor
Seorang pelajar merompak…. mana kaunselor
Seorang pelajar bermaksiat…. mana kaunselor
Seorang pelajar berjudi …. mana kaunselor
Seorang pelajar gagal akademik…. mana kaunselor
Seorang pelajar rendah konsep diri…. mana kaunselor
Seorang pelajar tiada pedoman…. mana kaunselor
Seorang pelajar dibuli…. mana kaunselor
Bukan salah dimana kaunselor, tapi salah dimana peranan kaunselor

Seorang pelajar termengandung …. Pantang sebab kaunselor
Seorang pelajar bertengkar…. Bukan kerana kaunselor
Seorang pelajar bergaduh …. Bukan dengan kaunselor
Seorang pelajar membuli …. Bukan bersama kaunselor
Bukan kaunselor….bukan kaunselor….
Kerana kaunselor membahagiakan
Kerana kaunselor mendoakan
Kerana kaunselor memakmurkan
Kerana kaunselor menyuburkan

Seorang pelajar bahagia …. Kegembiraan kaunselor
Seorang kaunselor panjang umur …. Doa kaunselor
Seorang kaunselor makmur …. Harapan kaunselor
Seorang pelajar subur …. Inspirasi kaunselor

Berbahagialah kaunselor
Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur
Kaunselor terus makmur
Kaunselor mekar subur
Hidup kaunselor….


HASIL NUKILAN : MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
PENSYARAH UPSI

Monday, October 25, 2010

Kursus Pelaporan data eL4 bagi semua Guru Kaunseling



HAri ini 25. Okt 2010,Didalam era IT ini, kami guru kaunseling seluruh daerah Pulau Langkawi berkumpul dewan gemilang PPD Langkawi untuk mengikuti kursus pemantapan dalam memasukkan data kaunseling ke dalam sistem eL4. sistem ini dinamakan sistem on off on. ini semua memudahkan guru kaunseling dalam menghantar data kaunseling sekolah masing2 ke KPM. Untuk menggunakan sistem ini anda hendaklah mengakses ke laman web ekaunseling [htttp://ekaunseling.net]untuk mendownload sofewere tersebut dan terus boleh menggunakannya. Kaunseling cemerlang Negara Gemilang.

Friday, October 8, 2010

Jom Cuba ...Laksa Penarak, Langkawi



Assalamualaikum..salam hari minggu...pada 08.10.10 hari jumaat.. yang agak boring
, aku keluar mencari cahaya... hek hek ..lalu aku menaiki honda ku lalu ku ronda seluruh pekan KUAH Langkawi... apabila lidah ku teringin makan laksa ..lalu aku kona baring ke jalan penarak untuk makan LAKSA PENARAK... LAKSA dia cukup rasanya...asam garamnya...mmg berbaloi la... jadi kepada sesiapa yang datang atau berada di langkawi boleh datang ke D`sa Restoran di Penarak LAngkawi..

di D`sa Restoran selain laksa terdapat juga pelbagai makanan ala carte yang lain yang boleh anda menjamu selera harganya juga berpatutan..



Monday, October 4, 2010

BUkit Jawi Golf Resort tempat yang sesuai..



Assalamulaikum ...salam 1 malaysia..

Tanggal 26 hb hingga 28 hb september 2010 baru baru ni.. aku telah pergi Kursus untuk guru baru ambilan 3/2010.. kursus ini dijalankan di BUkit Jawi Golf Resort Pulau Pinang... kira2 138 km dari Alor Setar mengikut labuh raya utara selatan lebih kurang dua jam la....

lobi resort





tempat ini amat sesuai bg semua orang untuk release tensionnye...juga sgt sesuai bg family untuk readah bersama di situ.. terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda perolehi disitu sekiranya anda menginap di BUkit Jawi Golf Resort secara percuma.
aku berkursus di sana selama 3 hari dengan keadaan relax dan fun lah...Bagi yang suke bermain golf disini juga terdapat 36 lubang untuk anda terokai untuk maklumat lanjut anda boleh melawati di http://www.bukitjawi.com.my... jmpa disana

swimingpool..

tenang dan damai..

jom pi sana

Wednesday, September 29, 2010

Aku dan Kerjaya Ku di Pulau Tuba





salam satu malaysia ...kini kembali setelah bergelar Mu`alim...Guru la tu.

gelaran ini ku dapat apabila surat yang dilayangkan oleh KPM dan JPN negeri kedah sampai pada ku 19 julai 2010..

kini sudah 2 bulan ku bertugas di SMK Langkawi yang terletak di Pulau Tuba...keadaan di situ aman, damai, tenang... bagai tenangnya air laut namun begitu setenang-tenang air laut itu kadang kala penuh dengan gelora.. huhuhu mmg mencabar minda, fizikal dan emosi.

Tuesday, March 2, 2010