Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha... 2009

Assalammualaikum.... salam sejahtera...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

renungkan lah......

Saturday, November 7, 2009

Monday, August 3, 2009

Dalam PerCobaan...

Assalamualaikum..salam sejahtera, tatkala tarikh keramat 25.05.09...dilepasi maka bermulalah Praktikum ku... selama praktikum ini ianya bagaikan diri ku sedang membina sebuah kapal yang besar untuk ku berbakti disuatu hari kelak... dalam menyiapkan kapal ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu di lepasi... namun ku tetap tempuhi juga...

sekian dulu laporan semasa dari ku...

jumpa lagi

Wednesday, May 13, 2009

Alhamdulillah syukur...


Assaklamualaikum..salam sejahtera ..jumpa kita lagi dilaman blog ini..,.. pepatah menyatakan jika ada usaha maka pasti akan berjaya... pepatah ini telah disahkan dengan siapnya TESIS saya iaitu prasyarat mendapat Ijazah Sarjana Muda,,, Alhamdulillah.


Dalam menyiapkan tesis akhir ini..pelbagai dugaan dan cabaran telah dilepasi dalam menjamin kan kualiti dan mutu penulisan ...ini bersamaan dengan Konseptual aliran Input - proses - output yang dinyatakan dalam toeri organisasi..


Segala kesyukuran ku tadahkan kepadaMu yang Esa dengan izin dan inayahNya dapat ku siapkan Tesis ini, seterusnya jutaan terima kasih kepada penyeliaku DR AHMAD JAZIMIN JUSOH dengan tunjuk ajar dan panduan dapat ku siapkan tesis ini... seterusnya kepada TOKOH PERKAMA iaitu Tan Sri Dato` Wira Dr. Nordin Kardi, Prof Emeritus Dato` Dr. Amir Awang dan En Abdul Halim Mohd Hussin, yang memberi kerjasama yang amat baik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut memberikan bantuan. Dorongan dan semangat kepada saya. Seterusnya buat ayahanda dan bonda tersayang yang telah menjadi sumber inspirasi saya sepanjang pengajian dan dalam menyempurnakan tesis ini.. Alhamdulillah...
setakat ni dulu...daaa Assalammualaikum

Thursday, April 2, 2009

Terima kasih N vivo


ai Assalammualaiakum.... setelah hari demi hari, ana belajar Nvivo, pastu ana masukkan data, pastu ana sraingan kan dia.. sememangnya letih...sebab boleh dikatakan setiap malam ana stay back (ala saiful apek cakap ).. sememamngnya malam ku siang dan siang ku malam, begitu lah...keperitannya...


setelah itu mengetahui keseronokan menggunakan Nvivo, kepantasanku terserlah...namun disebalik kepantasan ini terselit sebuah nama yang tidak asing dengan Nvivo iaitu Setinggi-tinggi Penghargaan kepada DR AHMAD JAZIMIN JUSOH kerana menurunkan ilmunya kepada ku..Jasa mu akan ku kenang selamanya...


namun begitu keriangan ini terhenti seketika apabila Perbentangan Dapatan kajian bermula iaitu 2bh hingga 4hb April 2009. dan ana pula ditakdirkan orang pertama bentang pada 2hb jam 2 petang di KM4, debaran demi debaran terasa...namun akhirnya senyuman diwajah terukir denagn sendirinya apabila ku melihat "lulus untuk diteruskan ke bab seteusnya" Alhamdulillah syukur yang terlafaz dan tersempit dihati.


dan kini tercipta misi baru ana iaitu meneruskan ke bab 5.... this is my mission


ok see la adioussss


Tuesday, March 24, 2009

No1 tetap juara ...






Assalamualaikum...setelah kegembiraan dapat berjumpa dengan tokoh PERKAMA belum habis kemanisannya...saya pulang ke UPSI dengan semangat yang kuat sekali.






Dan Pada suatu malam yang telah di aturkan oleh pengarah Program perlawanan badminton iaitu MOER. Telah membuat saya mengukir sejarah apabila saya diregukan bersama Pijo. Yang mana kedua-dua regu ini adalah sama hebat.hehehe






Dalam perlawanan ini saya dan Pijo telag dinobatkan sebagai JUARA dalam pelawan tersebut. Keadaan ini amat di cemburi oleh kawan-kawan yang menyertai perlawanan tersebut. alangkah bahagianya hidup ku......

syukur dapat berjumpa dengan Tokoh PERKAMA akhirnya..



Assalamualaikum...setelah sekian malam merancang dan menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan tokoh PERKAMA, namun pada tanggal 15hb MAc 2009, baru-baru ini telah mencatatkan sejarah dalam hidup saya apabila dapat berjumpa dengan Prof Emeritus Dato Dr Amir Awang dan juga Tan Sri Dato Dr. Nordin Kardi.




Dengan Memdapat dapatan ini menambah lagi semangat saya untuk memartabatkan profesion kaunseling di mata dunia. dan kenangan ini diabadikan dengan saya dapat bergambarbersama tokoh-tokoh PERKAMA tersebut.

Friday, March 6, 2009

hahaha..jumpa lagi..

Assalamulaiakum..salam sejahtera..

setelah lama saya tidak masuk untuk up date blog ini..kini saya kembali.. sebelum saya ceritakan .lagi.. korang semua sihat...
saya ok je...setelah menambatkan semester lepas..kini telah masuk ke sem baru.. sem ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang perlu saya tangani..huhuhuu

di sem baru ini dimulakan dengan dugaan yang berat..namun begitu..semuanya dapat diselesaikan dengan baik...Alhamdulillah syukur pada yang Esa...

di sem baru ini temu janji bersama Tan Sri Nordin Kardi, Prof Amir AWang, dan ramai lagi..ini semua saya ucapkan Terima Kasih kepada Dr Ahmad Jazimin atas tunjuk ajarnya... Terima Kasih...

namun begiu...eh..sekema la plak..emm oklah setakat ni dulu kot..busy ni..
jumpa lagi lain hari ye..
daaa

pejamkan mata mu jika rindukan wajah ku..