Thursday, August 28, 2008

Sifat -Sifat Kaunselor Muslim yang sebenar..




Sebelum kita melihat sifat-sifat kaunselor, mesti kita akan bertanya siapakah sebenarnya kaunselor ? Dan semestinya kita akan menjawab sesiapa sahaja boleh untuk bergelar kaunselor sekiranya ia memainkan peranan sebagai tempat rujukan orang bagi mengadu hai dan menyelesaikan masalah, asalkan motifnya membawa orang yang dikaunselingkan itu ke jalan yang diredhoi Allah dan ke jalan kebaikan. Dan sekiranya kita melihat dalam kontak yang sebenar kaunselor yang menampakkan dirinya professional ialah individu yang mendapat latihan khas dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Itulah sebenarnya kaunselor.
Berjaya atau tidak sesuatu sesi kaunseling itu adalah bergantung kepada sifat peribadi seorang kaunselor itu ini termasuklah personality atau peribadinya. Kesemua ini secara tidak langsung mempengaruhi klien dan proses kaunseling. Adakah kaunselor boleh menyakinkan klien yang beliau berupaya mengendalikan kaunseling dengan baik, jujur mempunyai pengetahuan, boleh membantu dalam segala aspek , luas perhubungan dengan orang lain atau pihak luar dan tidak mempunyai sifat tercela.
Berbalik kepada Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunseling islam sebenarnya ia merujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat kenabian sahaja dapat menjadikan seoarng kanselor itu dapat memainkan peranannya dengan sempurna. Sifat-sifat kenabian adalah seperti berikut Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah. Dengan ini betul lah Rasulallah adalah conton kaunselor terbaik kerana ia mendapat latihan yang professional dari Allah. Sebab itu Rasullallah bersabda :
بُعِثْتُ لأُةِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ
“Aku telah diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia”
Dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sememangnya Rasulallah adalah contoh yang terbaik yang boleh kita jadikan contoh sebagai kaunselor islam.
Dan menurut Aziz Salleh (1994) menyenaraikan contoh sifat-sifat kaunselor islam adalah seperti berikut :
i) Beriman dan bertakwa kepada Allah
Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T merupakan asas peribadi yang mulia seorang manusia. Dengan iman dan tawalah seseorang kaunselor mempunyai keyakinan yang teguh dalam menjalankan tugas kaunseling. Sebagai contoh Rasullallah sendiri begitu yakin dalam membuat sesuatu tindakan, member pendapat, tunjuk ajar ini kerana semua dilakukan itu adalah berdasarkan suruhan dan larangan Allah. Maka dengan itu, Allah sahaja yang kita sembah dan kepadaNya kita memohon pertolongan. Pengakuan ini dapat kita lihat dengan jelas dalam surah Al fatihah ayat 5 :
اِيّأَكَ نَعْبُدَ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيِنُ.
“Hanya Engkau YaAllah yang kami sembah dab hanya Engkaulah kami minta pertolongan”



ii) Jujur dan ikhlas
Firman Allah dalam surah An Najm 23-24 :

ان يتّبون الاّ الظّنّ وما تهوى الأنفس ولقد جآءهم منْ ربّهم الهدى – وما لهم به انْ علمٍ انْ يتّبعوْن الاّ الظّنّ
وانّ الظّنّ لا يغْنى من الحقّ شيئا.
“ Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangakaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah dating petunjuk kepada mereka dari tuhan mereka. Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran”
Dalam ayat diatas menyatakan sifat jujur dan ikhla itu penting dalam menjalankan sesi kaunseling. Jujur atau benar bermaksud menutur atau memberitahu atau membuat sesuatu dengan keadaan sebenarnya. Dalam kontak kaunseling kaunselor wajiblah jujur bukan sahaja dengan kliennya, tetapi juga dengandiri sendiri. Kejujuran hendaklah dibuktikan dengan niat, kata-kata dan perlakuan. Sekiranya tidak jujur, tidak ikhlas dan banyak prasangka dalam segala perkara, sudah pasti hasil daripada proses kaunseling akan sia-sia belaka. Oleh itu sebagai kaunselor islam seharusnya kita tidak mempunyai dan melakukan prasangka yang banyak seperti mana yang dunyatakan ayat diatas.



iii) Sidiq (Benar)
Setiap kaunselor wajib mempunyai sifat ini., sifta ini menjadikan seseorang itu akan bercakap benar, berterus terang dan tidak menambah atau mengurangi apa yang didengari. Benar yang dimaksudkan disini bukan sahaja tutur katanya, tetapi juga benar dari segi perbuatan dan niat. Setiap satunya mestila sama sekiranya tidak sama ia akan menjadi manusia pendusta dan munafik ini dikuatakn lagi dengan sabda Rasulallah yang bermaksud “ benar itu meminpin kita kepada kebajikan dan kebajikan pula meminpin ke syurga, dan setiap hamba itu akan tetap benar dan menuju kepada kebenaran sehingga Allah mencatatkan namanya disisinya sebagai pembenar. Dan dusta itu meminpin kepada kecelakaan sedangkan kecelakaan ini meminpin kita kepada neraka. Dan setian hamba itu akan tetap berdusta dan menuju ke neraka sehinggalah Allah mecatatkan namanya disisiNya sebagai pendusta”



iv) Berani
Kaunselor juga mesti ada sifat berani iaitu berani kerana Allah dan berani menyatakan hak. Ia seperti mana pepatah melayu berani kerana benar dan takut kerana salah. Sekiranya kita merujuk kepada Rasulallah, kita akan dapati baginda seorang yang berani. Beliau berani menghadapi apa sahaja risiko dan rintangan meskin pun mengancam nyawanya sendiri semata-mata kerana Allah.
Dalam konteks ini, sekiranya kaunselor takut berhadapan dengan klien dari segi orangnya atau masalahnya sudah tentu kaunselor tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. Kaunselor mesti berani menyatakan dan melakukan sesuatu yang hak. Sekiranya benar, hendaklah dikatakan benar, dan sekiranya salah maka mesti menyatakan salah dan ianya perlu pandai untuk menyatakan salah. Ini kerana ia melibatkan klein yang bermasalah.



v) Adil
Berlaku adil dalam berbicara, tutur kata, mengambil tindakan dan membuat keputusan adalah amat dituntut. Sikap adil seseorang kaunselor menjadikan klien berasa puas hati dan dihargai dan dihormati. Dan ini dapat membantu melancarkan lagi proses sesi kaunseling berlangsung.



vi) Pemurah dan ramah-tamah
ketika menolong klien yang memerlukan bantuan, kaunselor juga harus mempunya sifat pemurah dan ramah. Apabila berhadapan dengan klien hendaklah dengan air muka yang manis, tutur kata yang sopan dan ramah. Sifat-sifat ini boleh menyenangkankan klien yang mendengar. Klien juga akan rasa dihargai dan disenangi oleh kaunselor. Dan contoh utama adalah Rasulallah itu sendiri yang mana beliau suka dan mudah menolong orang yang memerlukan bantuan. Tingkah lakunya amat peramah, lemah lembut tidak pernha berlaku kasar dalam perbuatan, tutur kata, tidak pernah meninggikan suara ketika bercakap, tidak pernah memuji berlebihan daripada yang sepatutnya dan tidak pernah membuat orang lain berputus asa atau kecewa. Ini dijelaskan lagi oleh Siti Aisyah yang menceritakan bahawa ia tidak pernah melihat ada orang yang lebih baik daripada akhlaknya daripada rasulallah s.a.w.
sifat pemurah ini yang ada pada Rasulallah patut dicontohi oleh kaunselor-kaunselor dalam beberapa peristiwa iaitu antaranya Rasulallah tidak pernah mengambil rezeki yang dikurniakan oleh Allah lebih dari 3 kali berturut-turut. Ini bererti Rasulallah tidak mementingkan diri dan keluarganya, pada hal baginda boleh mencari kemewahan dan kekayaan daripada kedudukannya sebagai ketua umat islam yang paing tinggi dan terulung.



vii) Sabar dan tenang
Seseorang kaunselor harus mempunyai sifat sabar dan tenang. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai sifat-sifat ini, sudah pasti ia tidak akan dapat mengawal emosi dan keadaan jika timbul sebarang masalah, konflik, ketegangan atau ape sahaja kemungkinan dalam proses kaunseling. Klien akan dating berjumpa dengan kaunselor dengan pelbagai masalah dan perangai kadang kala tidak dapat dikawal. Ini tentunya merupakan cabaran atau tanggungjawab bagi seorang kaunselor.
Sabda Rasulallah dari riwayat Muslim:
الصّبر ضياء.
"Bersabar adalah cahaya gilang gemilang"
Dengan sabda itu Rasulallah pernah berhadapan orang yang meninggikan suara tetapi Rasulallah tetap bersabar dan tenang. Itu lah sifat yang ada pada Rasulallah yang boleh kita jadikan teladan. Dan dapat dibahagikan sifat sabar ini pada seseorag itu kepada tiga :
· Sabar menahan diri daripada melakukan perbuatan jahat dan menahan nafsu.
· Sabar menahan kesusahan dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab.
· Sabar menahan diri daripada kemunduran seperti membela kebenaran, menjaga



viii) Adab dan Ahlak
Adab dan ahklak yang baik bagi seseorang ialah tidak berdemdam, boleh memaafkan kesalahan orang lain, member orang lain, member salam kepada sesiapa yang ditemui dan menghormati orang lain, sebagai contoh Rasulallah sendiri ketika bercakap dengan orang lain beliau sentiasa menghadapkan wajahnya kepada orang itu dan tidak pernah memaling wajahnya kearah lain. Sifat seumpama ini boleh menambat hati orang supaya mengasihi dan menyukai kita. Ini di kuatkan lagi dengan firman Allah :
فبما رحمة من اللّه لنت لهم ولو كنت فظّا غليْظ القلب لا نفضّوا من حولكَ
“ oleh itu rahmat Tuhan, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka dan sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.”


viiii) Merendah Diri
Sifat merendah diri merupakan sifat yang disenangi oleh semua orang, dan sifat angkuh, sombong pula akan dibenci orang. Begitulah juga dengan sifat seorang kaunselor, tidak akan jatuh tarafnya sekiranya ia merendahkan diri dengan klien, malah klien akan lebih kagum den menghormatinya. Sebagi contoh Rasulallah s.a.w. sentiasa merendahkan diri dengan sesiapa dan di mana sahaja.




x) Tidak munafiq
Seorang kaunselor muslim adalah model yang paling berkesan kepada klien. Segala sesuatu yang dilakukan oleh kaunselor akan menjadi perhatian dan ikutan klien. Jester itu, sifat-sifat keji seperti “lain kata lain yang buat” jangan diamalkan. Kaunselor tidak boleh sama seklai berpegang kepada pendapat “ buat apa yang saya suruh, dan jangan buat apa yang saya buat ” ini adalah pegangan seorang kaunselor yang hipokrit. Sepertimana dalam sabda Rasulallah yang bermaksud “tiga perkara sesiapa sahaja yang masuk dalamnya maka ia dicap munafik sekalipun ia puasa, sebahyang dan mengaku dirinya muslim iaitu apabila berbicara berbohong, apabila berjanji ia meungkir dan apabila menerima amanah ia khianati”.
xi) Sentiasa ingin membantu
Kaunselor yang baik ialah mempunyai minat dan saying kepada kerjaya dan tugas-tugasnya. Ia sentiasa menolong membantu dan membimbing mereka yang memerlukan pertolongan tanpa hanya mennati klien bertemu dengannya secara rasmi. Menolong sesame manusia tanpa mengira tempat, pangkat, masa, bangsa dan sebagainya, merupakan sifat yang mulia. Sifat mulia ini dituntut oleh allah seperti mana yang terdapat dalam firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104:
وينهون عن المنكر وأولئك هم المنلحونَ.
“ wajiblah ada diantara kamu satu umat yang menyeru (manusia) kepada kebaikan, dan melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang Berjaya”


xii) Menepati janji
Biasanya proses kaunseling yang dijalankan dalam beberapa sesi. Mungkin banyak kontrak atau perjanjian tidak bertulis antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh temujanji untuk membuat pertemuan berikutnya, perjanjian ini untuk melaksanakan sesuatu dan sebagainya. Islam telah mengajar umatnya berjanji dengan baik. Janji merupakan ikrar yang lahir dari hati yang suci bersih untuk melaksanakannya. Dan setiap janji itu dengan daya yang kita ada perlulah ia ditunaikan. Dan di jelaskan oleh sabda Rasulallah :
لا اِيما لا أمانة له ولا دين لمن لا عهد له.
“ Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah dan tidak sempurna agama mereka bagi mereka yang tidak menetapi janji”
Hadiht diatas menunjukkan bahawa menetapi janji adalah sesuatu yang penting yang perlu untuk dilaksanakan jika seeorang itu membuat perjanjian lebih-lebih lagi seorang kaunselor muslim yang dinobatkan sabagai model contoh.
xiii) Berilmu, terlatih dan sesuai
Seseorang kaunselor yang professional wajib mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang pengkaunselingan sama ada yang diperolahi secara formal dan tidak formal ini kerana orang yang berilmu adalah sangat berbeza dengan orang tidak berilmu. Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 9 :
قل هل يسْتوى الّذين يعلمون والّذين لا يعلمون
“ Katakanlah tiada serupa antara orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengatahuan”
Selain itu juga, kaunselor juga seharusnya mendapat latihan khas dalam bidang pengkaunselingan sama ada dari institusi-instutusi tertentu atau orang perseorangan yang berpengalaman agar ia mengatahui prosedur atau teknik-teknik dalam membuat khidmat kaunseling.


Kesimpulannya, nabi dan rasul dalam konteks keunseling adalah merupakan kaunselor yang ideal. Mereka perlu dicontohi di ikuti segala nasihat, buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang. Ini kerana nabi dan rasul adalah utusan Allah kepada seluruh dunia.

Tuesday, August 26, 2008

Tuesday, August 12, 2008

SifAt Marah Mencerminkan Jiwa Tidak Tenteram

Assalammualaikum..salam sejahtera di dalam dunia yang serba pantas ini, menjadikan manusia yang dilahirkan dengan sifat keinginan yang berlebihan menjadi manusia yang hancur dengan sifat Sabar. Dengan menjadikan dunia ini sebagai pentas perlumbaan, maka bermulalah kehancuran jiwa manusia. Renungi lah dan hayati lah....

Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan
SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah .” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut.
Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah .
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”
Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata, “Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”
Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata, “Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.
Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu
Sementara itu, Abdullah bin Mas’ud berkata, “Perhatikan sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus! Pengajaran yang diperoleh daripada sifat lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus.”
Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”
Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”
Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah.”
Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”
Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.